1. MEMANDU / MELANCONG
Saya paling suka memandu dan melancong melihat pemandangan indah. Kalau diajak ke mana-mana saya sukar untuk menolak apalagi kalau saya diminta untuk memandu. Kalau bab nak menghantar orang ke mana-mana tu memang saya suka sangat lah, sebab tu saya boleh berulang setiap hari dari jarak yang jauh untuk ke tempat kerja. Setiap hari saya habiskan kira-kira 4 jam untuk memandu pergi dan pulang dari tempat kerja. "oh I love driving"
2. MEMBACA
Membaca jambatan ilmu. Saya suka membaca, dari zaman kanak-kanak lagi saya memang suka membaca, kalau travel ke mana-mana dengan keluarga saya pasti akan membawa bahan bacaan saya seperti majalah atau novel. Saya suka baca majalah, majalah yang paling saya suka Majalah Anis. Selain majalah saya juga membaca buku motivasi dan novel islamic. Antara penulis yang paling saya suka ialah Roza Roslan dan Fatimah Syarha. Antara koleksi buku / novel yang ada dalam simpanan saya adalah Bukan Sekadar Resipi, Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul, Sebarkan Cinta dan Cinta High Class.
http://rozaroslan.blogspot.my/
http://www.fatimahsyarha.com/
![]() |
| Crochet |
4. BERNIAGA
Sejak di bangku sekolah saya memang minat berniaga, saya bermula dengan menjual makanan ringan. Sumbernya tentulah dari kedai runcit keluarga saya. Setelah itu ketika saya sedang mendalami ilmu mengait seorang rakan telah mengajar saya untuk menghasilkan pengikat rambut. Asalnya beliau hanya mengajar saya cara asasnya sahaja hasil dari ilmu yang diturunkan oleh mak cik beliau. Setelah diajarkan kepada saya, dengan sedikit kemahiran yang ada saya telah berjaya menghasilkan pengikat rambut yang agak menarik dan disukai oleh rakan-rakan. Dari situ saya telah mendapat idea untuk menjadikannya satu perniagaan kecil-kecilan. Seterusnya ketika di sekolah menengah saya telah diperkenalkan oleh mak cik saya untuk menjinakkan diri dalam perniagaan jualan lansung, saya menjual produk penjagaan diri, kosmetik dan aksesori wanita dari jenama syarikat jualan lansung yang agak terkenal di dunia. Bermula hanya sebagai dropship kemudian setelah saya tamat persekolahan dan mendirikan rumah tangga saya telah mendaftar sebagai pengedar yang sah. Sejak dari itu saya mula mengenali berbagai-bagai syarikat jualan lansung dan kebanyakannya saya turut sertai menjadi pengedar sehingga akhirnya saya bertemu dengan Syarikat Ana Edar. Pada mulanya saya hanya menjadi pengguna produk tetapi setelah mendapati produknya yang berkualiti dan sistem jualan lansung serta MLM nya yang patuh syariah dan memberi keuntungan yang berganda saya telah membuat keputusan untuk menyertainya. Apa yang paling menggembirakan hati saya ialah suami saya turut memberi sokongan yang tinggi untuk saya sertai Syarikat Ana Edar dan suami juga turut sama menyertainya walaupun hanya sekadar sambilan sahaja.
5. MELAYARI INTERNET / MEDIA SOSIAL
Melayari Internet juga adalah minat saya. Dalam waktu lapang atau masa menunggu saya biasanya ambil peluang untuk menjenguk media sosial seperti whatsapp, biasanya saya memilih untuk membaca mesej-mesej penting dari ahli keluarga, rakan-rakan dan dari group keluarga, group tempat kerja dan group rakan-rakan bisnes untuk memastikan saya tidak terlepas membaca mesej-mesej penting, kemudian saya akan baca mesej-mesej yang bermanfaat seperti motivasi atau mesej-mesej yang memberi ilmu. sekiranya mesej-mesej tersebut sesuai untuk dikongsi saya akan berkongsi dengan ahli keluarga dan kawan-kawan. Selain itu saya juga suka menjenguk FB, Instagram, Youtube untuk mencari sesuatu yang bermanfaat seperti ilmu-ilmu baru tentang crochet, bisnes dan sesuatu yang positif sebagai sumber inspirasi. Antara Page FB atau Instagram yang menjadi pilihan saya adalah milik Profesor Dr Muhaya, Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Instagram Neelofar. Youtube juga tidak ketinggalan.
6. DENGAR RADIO
Hidup saya ni selalunya tak sunyi dari bunyi-bunyian audio. Kalau naik kereta memang tak sah kalau tak dengar radio, rasa rugi perjalanan tu kalau tak dengar apa-apa, pastinya Radio Ikim.fm pilihan saya. Di rumah pula kalau buat kerja saya mesti akan buka radio ataupun buka youtube dari smartphone untuk dengar bacaan Al-Quran dan ceramah motivasi. Biar paling tidak saya dapat buat 2 kerja dalam satu masa, memasak sambil mendengar.
7. MEMASAK
Suka memasak bukan la bermakna pandai masak. Tapi saya suka memasak, memasak ni juga satu terapi, apa lagi kalau masak makanan kegemaran suami dan anak-anak.
8. BERKEBUN
Saya memang sangat suka berkebun, kalau diberi pilihan untuk mengemas rumah dengan berkebun saya lebih suka berkebun. Bila berkebun rasa satu kepuasan, dapat lihat hasil yang ditanam. Bila bangun pagi tengok pokok bunga yand ditanam tu berkembang mekar hati rasa tenang sangat. Berkebun juga menyihatkan badan sebab dapat keluarkan peluh.

9. MENYANYI
Bila sebut menyanyi ni nak tergelak pun ada. Tapi memang hakikatnya saya suka menyanyi, tapi menyanyi sorang-sorang la, segan lah kalau orang dengaq. Waktu di sekolah dulu memanglah aktif menyanyi lagu nasyid, sejak tadika lagi. Siap kena buat persembahan lagi kat pentas waktu hari penyampaian hadiah.

10. PHOTOGRAPHY / EDITING
Minat ambil gambar ni tak pasti sejak bila mula. Mungkin juga pengaruh dari suami yang merupakan seorang photographer. Tapi yang pasti sejak akhir-akhir ni minat ni semakin mendalam, pantang nampak permandangan cantik atau benda cantik mesti nak ambil gambar. Editing pula mula minat sejak aktif buat bisnes Qaseh Gold sebab kena buat iklan produk. Asyik betul bila mengedit tambah bila dapat tengok hasil tu, memang satu kepuasan.